Lirik Lagu
Eda Naziela - Dia Paling Indah

Sedang apa kau disana bersama siapa
Wajahmu senyum saja
Tiada pun tanda terluka.

Jelas tunjuk kau bahagia
Jelas nyata tiada derita
Ya sayang jelas semuanya
Akhirnya kau bersama orang yang kau cinta.

Jagalah dia baik-baik
Jangan marah walau sedikit
Jangan biar hatinya terguris
Seperti hatiku yang terhiris.

Jangan biar dia terluka
Seperti mana aku derita
Egomu buangkan ia
Kasarmu jangan dilempar sentiasa.

Kerana hakikatnya hanya aku yang mampu terima
Namun matamu hanya melihat dia
Mana mampu ku atur rasa
Rasa yang telah engkau cipta.

Bagimu dia yang paling indah
Meski dia tak pernah usaha
Seperti mana yang telah ku lakukan semua perkara.

Hanya untukmu
Hanya untukmu
Hanya untukmu
Tapi kau masih melihat dia.

Jagalah dia baik-baik
Jangan marah walau sedikit
Jangan biar hatinya terguris
Seperti hatiku yang terhiris.

Jangan biar dia terluka
Seperti mana aku derita
Egomu buangkan ia
Kasarmu jangan dilempar sentiasa.

Bahagialah kamu disana
Ku disini titipkan doa
Moga-moga dia terima
Kau seperti mana ku cintai kau seadanya.

MUSIC VIDEO Eda Naziela - Dia Paling Indah