Lirik Lagu One Path - Laila Majnun feat Nazrey Johani
Lirik Lagu / Lyrics
One Path - "Laila Majnun" feat Nazrey Johani
Bila berputik rindu
Ibarat api di kalbu
Yang membakar seluruh
Taman cinta jadi abu.
Biar derita dirasai
Terseksa kerana kasih
Peritnya majnun nikmati
Menjadi indah di sanubari.
Dunia bersaksi akan kisahnya
Bukti dahsyatnya cinta si gila
Segalanya pada laila indah
Lebih dari dunia seisinya.
Kasih selain laila
Hanyalah metafora cinta.
Andaikan cintanya sang hamba
Umpama majnun bercinta
Bagaimana rasa digambar
Kerna rindu tak berbahasa.
Tuhan, kurniakan aku zouq rindu
Hingga aku buta selain dzat-mu
Pinta ku basah lidahku selalu
Zikir di bawah minda sedarku.
Dunia bersaksi akan kisahnya
Si laila majnun hangat bercinta
Betapa cinta sesama manusia
Terasa sekelumit cinta luar biasa.
Kasih selain pencipta
Hanyalah metafora cinta.
MUSIC VIDEO One Path - Laila Majnun feat Nazrey Johani
