Pantun Cuti Sekolah
Pantun Cuti Sekolah
Pergi bercuti bersama keluarga
Untuk merehatkan fikiran seketika
Cuti sekolah memanglah gembira
Tapi pelajaran jangan dilupa.
Pergi bercuti bersama keluarga
Pergi bercuti ke Teluk Batik
Tak perlu pergi jauh keluar negara
Kerana di Malaysia pun banyak tempat menarik.
Dalam bergembira semasa bercuti
Keselamatan dijalan raya hendaklah dijaga
Kerana nyawa tiada nilai ganti
Agar semua bercuti dengan riang dan gembira.
