Lirik Lagu Sekolahku SEJAHTERA KPM
Lirik Lagu
"Sekolahku SEJAHTERA KPM"

 Di sini bermula
Mengenal dunia bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA.

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni.

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA

Bangkitlah
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah
Malaysia di mata dunia.

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama.

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti.

MUSIC VIDEO Sekolahku SEJAHTERA KPM