Lirik Lagu / Lyrics
UiTM Di Hatiku - Lagu Rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna.

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku.

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya demi bangsa.

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua.

UiTM Usaha Taqwa Mulia.

MUSIC VIDEO UiTM Di Hatiku - Lagu Rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM)