Lirik Lagu UNITEN Terbilang - Lagu Rasmi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Lirik Lagu / Lyrics
"UNITEN Terbilang" - Lagu Rasmi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Sayup mataku memandang
Lambang gedung ilmu yang terbilang
Di sini kita julang cita-cita berjuang
Untuk mencapai matlamat cemerlang.

Tegak gagah di Malaysia
Dengan warga yang berbilang bangsa
Di sini kita julang cita-cita berjaya
Cita yang mencapai kelas dunia.

[Chorus]
Kan ku bawa obor menyala
Ke seluruh tanah melata
UNITEN berupaya menjana professional
Diiktiraf dunia antarabangsa.

UNITEN pusaka tersayang
Kerna jasamu sungguh terbilang
Di sini kita julang cita-cita berjuang
UNITEN gedung ilmu yang terbilang.

[Ulang Dari Chorus].

UNITEN gedung ilmu yang terbilang.

MUSIC VIDEO UNITEN Terbilang - Lagu Rasmi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)