Lirik Lagu Brothers - Lihatlah Dunia
Lirik Lagu / Lyrics / Lirik Nasyid
Brothers - "Lihatlah Dunia"

LIHATLAH DUNIA (KEKEJAMAN DUNIA)

Apa sudah terjadi pada dunia
Kekejaman ada dimana sahaja
Bilakah akan berakhir segalanya.

Renungilah dunia kita
Kekejaman ada dimana sahaja
Hentikan segera segala-galanya.

Kehidupan penuh sengketa
Kerana kejahilan penghuni dunia
Rakyat merana, rakyat tersiksa
Kerana kezaliman insan tak kenal erti kemanusiaan.

Moral manusia telah runtuh
Fitrahnya pula semakin pudar
Kerna hawa nafsu dan hasutan syaitan
Kita mampu merubah segalanya
Jika dihati kita bersungguh
Penuh kesabaran jua mujahadah.

Oh Tuhan, bantulah kami
Berilah kekuatan tabahkan hati ini
Azabmu digeruni, siksamu ditakuti
Bimbinglah kami agar dapat menghindari
Azab yang menanti
Ya Rahman, berilah hidayah
Kepada semua penghuni dunia.