Lirik Lagu / Lyrics
Oja
"Aku Tak Sempurna"

Pernah aku bertanya
Pabila tiba masanya
Gagal dalam semua
Adakah kau masih bersama?.

Mungkin hari mendatang
Tidak seperti disangka
Seperti yang terbayang
Adakah kau masih bersamaku?.

Bila nanti aku tak dapat
Mengotakan janji-janjiku padamu
Aku mahu kau tahu
Aku sering mencuba.

Ku tahu pahit untuk terima
Tapi bukan ini yang dipinta
Terima kasih
Kerna kau sentiasa ada.

Ku akan terus membawamu
Cinta yang takkan ku abaikan
Walau ku tahu
Aku tak sempurna.

MUSIC VIDEO Oja - Aku Tak Sempurna